#Hiburan: Diangkat Sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai, DJ Lin Terima Anugerah Lagi

Penyampai radio Suria FM, DJ Lin sekali lagi menerima anugerah dan diangkat sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai dalam anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2021 baru-baru ini.

Advertisement

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid yang dihubungi media memaklumkan bahawa dia bersyukur dan menganggap pengiktirafan tersebut sebagai bukti dirinya masih relevan meskipun berdepan kedatangan muka baharu dalam industri penyiaran radio.

View this post on Instagram

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Tambahnya lagi, anugerah itu mengukuhkan lagi namanya sepanjang 22 tahun bergelar penyampai radio.

Sudah pasti anugerah yang diberikan ini sangat besar maknanya dalam kamus perjalanan kerjaya saya selaku penyampai radio berkredibilit dan dipercayai ramai.

View this post on Instagram

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Tentunya ini juga sebagai penghormatan serta penyuntik semangat supaya lebih berdedikasi dalam melaksanakan amanah yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup.

Advertisement

DJ Lin juga sempat mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong terutama pendengar setia segmen DJ Lin Suria Cinta.

Sekadar info, DJ Lin mula menceburi bidang penyiaran radio sejak tahun 1999 dan pernah menerima pelbagai anugerah antaranya Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular pada tahun 2015, 2019 dan 2020.

Tahniah diucapkan buat DJ Lin, semoga terus sukses hendaknya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Diangkat Sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai, DJ Lin Terima Anugerah Lagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments