Jika sebelum ini pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami, pengarah Syamsul Yusof dilaporkan mengalami keberantakan rumah tangga dan dalam proses berbaik, foto terbaru pasangan ini ternyata mengujakan hati peminat.
Tampil bergambar bersama dengan anak-anak, peminat rata-rata teruja dengan perkembangan terkini pasangan sama cantik sama pada ini.
View this post on Instagram
Foto sambutan hari raya Aidilfitri semalam itu dimuat naik Puteri Sarah dengan kapsyen ringkas, “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat malah rakan artis tampil meluahkan rasa gembira dengan keadaan itu.
Ada juga peminat yang mengatakan mereka telah lama menanti gambar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bersama.
View this post on InstagramAdvertisement
Tidak kurang juga yang mendoakan agar rumah tangga pasangan selebriti ini terus bahagia dan dijauhkan daripada anasir jahat.
Sekadar info, Sarah dan Syamsul telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.
View this post on Instagram
Rumah tangga kedua pasangan ini kemudian dikatakan mengalami keretakan apabila kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama sekitar penghujung tahun lalu.
The post Bergambar Bersama Di Hari Lebaran, Peminat Doakan Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Bahagia Ke Syurga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments