Hanya berniat untuk berbuat baik kepada mereka yang tidak berkemampuan, penyanyi Awie tampil memberikan komen susulan daripada tularnya video dia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah majlis amal.
Awie,53, yang ditemui media berkata dia sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung dengan kes tersebut dan bersyukur kerana mendapat layanan yang baik daripada pihak polis.
View this post on Instagram
Ujar penyanyi kumpulan Wings ini lagi, dia turut menceritakan hal sebenar yang berlaku pada majlis meraikan abang-abang beca, ibu tunggal, anak yatim serta mereka yang tidak bernasib baik itu.
“Kalau ikut video itu dari depan posisi nampak rapat, tapi sebenarnya ada penjarakan. Takkanlah saya nak bodohkan diri saya. Saya ada anak kecil di rumah dan perlu jaga kesihatan. Saya cuma meraikan mereka. Sama ada abang beca yang muslim atau tidak, ibu-ibu tunggal, orang tua, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz, kita cuma nak meraikan mereka. Takkan itu pun jadi satu kesalahan?”
Video berdurasi 42 saat itu dirakam ketika majlis berbuka puasa yang merupakan acara sampingan buat Misi Kemanusiaan Datuk Awie bersama Sayap-Sayap Wings yang berlangsung di Melaka pada 7 Mei lalu.
Banyak syok brader Awie 10 malam terakhir and the gang pic.twitter.com/Fl6r4PUZXB
Advertisement— Totoy (@syahid_azizan) May 8, 2021
Tambah Awie yang baru sahaja menimang cahaya mata ke-6 baru-baru ini, dia hanya ingin memberi kegembiraan kepada golongan tersebut.
Jelas penyanyi lagu Iris ini, majlis itu diadakan dengan SOP yang disarankan kerajaan seperti mempunyai MySejahtera, periksa suhu badan, buku rekod dan sebagainya.
View this post on Instagram
“Cuma masa kejadian yang berlaku tak sampai dalam 30 saat itu. Saya berdiri di situ kerana sambutan mereka. Mereka tak pernah diraikan oleh artis. Saya nak meraikan mereka semua supaya mereka gembira macam kita beraya dengan sempurna. Bila dah habis makan, mereka minta saya menyanyi tapi saya tak boleh menyanyi kerana peralatan menyanyi tiada.”
“Pihak hotel telah memasang lagu Penjara Janji dan mereka dah berdiri menyanyi sambil ambil video kat depan. Saya pun bangun dan meraikan bersama-sama. Tapi ada penjarakan. Selepas itu saya minta duduk dan ikut SOP. Tapi nak buat macam mana bila video dah disiarkan sebegitu rupa, mereka yang tak tahu cerita terus hentam saya..” jelasnya mengakhiri temubual.
The post “Takkan Itu Jadi Satu Kesalahan?” Awie Tampil beri Komen Isu Langgar SOP Di Majlis Bersama Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments