Pelakon dan juga model, Haneesya Hani mendedahkan bahawa dia pernah melalui kesusahan hidup dengan menumpang di rumah orang serta tidak mampu membeli baju raya baharu untuk menyambut lebaran.
Disebabkan kesempitan hidup, Haneesya atau nama sebenarnya Haneesya Sayed Sahlan,20, berkata dia dan adik hanya menggayakan baju raya hasil sumbangan orang ramai.
View this post on Instagram
Perkara tersebut dikongsikan Haneesya menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk perkongsian bersama peminat.
“Saya pernah rasa tak mampu beli baju raya. Dahulu masa saya tengah susah tak ada rumah menumpang rumah orang, kita orang tahap yang nak beli baju pun tak mampu. Jadi apabila hari raya je rumah anak yatim akan panggil ibu tunggal untuk join jamuan berbuka puasa, dari situ dapatlah sikit duit raya..”
Ujar pelakon drama Curi-Curi Cinta itu lagi, dia kini boleh dikatakan hidup senang merasa terpanggil untuk melakukan perkara sama seperti yang dirasainya pada suatu ketika dahulu.
View this post on InstagramAdvertisement
Sehubungan dengan itu, Haneesya telah mendermakan baju-baju raya peragaannya yang dipakai sekali kebanyakan untuk mereka yang memerlukan.
Hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat di luar sana, Haneesya turut berharap agar penerima baju yang bertuah dapat mendoakan rezekinya bertambah dari hari ke hari.
View this post on Instagram
Terdahulu, bekas juara Dewi Remaja itu mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak berasa malu menetap di flat kos rendah sejak berusia 12 tahun.
Meskipun ada yang mempersenda gaya hidupnya, Haneesya walau bagaimanapun tetap bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T.
The post Pernah Pakai Baju Raya Hasil Sedekah Orang Ramai, Haneesya Hanee Terkenang Kenangan Hidup Susah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments