#Hiburan: ‘Saya Duduk KL Bukan Kelantan Bod*h..’ – Adi Putra Bengang Lokasi Vaksin Berubah Tempat

Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra meluahkan rasa tidak puas hati apabila tarikh temujanji dan lokasi untuk dirinya mengambil vaksin berubah tempat dari Kuala Lumpur ke Kelantan dalam aplikasi MySejahtera.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu mendakwa bahawa kerajaan gagal untuk menguruskan perkara tersebut.

Advertisement
adi putra

Adi Putra bengang lokasi terima vaksin tiba-tiba berubah tempat dalam aplikasi MySejahtera

Beliau memuatnaik satu gambar screenshot di Instagram nya menunjukkan tempat mengambil vaksin yang telah berubah itu.

Saya buat temujanji vaksin di MySejahtera pada 16 Mei di PWTC jam 11:30 pagi. Hari ini saya buka MySejahtera tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar.

Kerana berasa marah, beliau menulis lagi di dalam ciapan tersebut,

Saya duduk KL bukan Kelantan BOD*H.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)

Namun begitu, dilihat di ruangan komen, rata-rata netizen kurang rasa selesa dengan bahasa kasar yang digunakan oleh pelakon Anak Halal itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Saya nasihatkan abang untuk tarik balik kata makian abang itu. Sebagai orang yang dikenali tak sepatutnya abang keluarkan kenyataan begini.

Balik Singapore lah bro kalau nak perfect.

Sebelum ini, Adi Putra pernah mengesahkan dirinya merupakan warganegara Malaysia dengan memuatnaik kad pengenalan di Instagram bagi membuktikan kepada orang ramai.

The post ‘Saya Duduk KL Bukan Kelantan Bod*h..’ – Adi Putra Bengang Lokasi Vaksin Berubah Tempat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments