Beberapa minggu lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah pelawak Shuk yang dikatakan kembali curang dengan wanita bernama Fara Salleh. Malah perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah ataupun lebih dikenali sebagai Sera.
BACA: “Selama Ini Aku Diam Demi Jaga Aib Suami” – Isteri Dedah Shuk Sahar Curang Lagi?
Disebabkan berang dengan sikap lelaki itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Sera mendedahkan hal tersebut dan terus meninggalkan kata-kata semangat supaya dia tabah menghadapi ujian ini.
Tak lama kemudian, pelawak itu berjanji akan berubah dan terus setia menjaga isteri dan anak-anaknya. Bahkan pasangan itu kelihatan sudah berbaik semula selain turut mempromosikan produk milik Rossalennah baru-baru ini.
BACA: “Jangan Takut Untuk Mengaku Kesalahan” – Shuk Sahar Akui Sudah Berjaya Pujuk Isteri
Pun begitu, tindakan Sera memuat naik sebuah video pendek di aplikasi TikTok kelmarin ternyata membuatkan netizen geram. Eh dah kenapa? Walaupun netizen bertungkus-lumus memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu sebelum ini tetapi nampaknya dia lebih memenangkan suaminya.
Daripada video tersebut, dia sepertinya menempelak sebilangan komen yang mengkritik dirinya mempertahankan suaminya. Sera mengatakan bahawa ‘Beranak bukan percuma’, ‘Duit suami aku bukan suami kau’ dan ‘Suami saya hak saya sis’.
Nampak seperti mahu bergurau mengenai situasi tersebut namun para netizen jelas tidak senang dengan video yang dirakam tersebut. Bagi mereka, wanita itu sepertinya lupa bahawa dia adalah orang pertama yang membongkarkan hal kecurangan Shuk untuk tatapan khalayak ramai.
Rata-rata netizen sepertinya ‘fed-up’ dengan drama yang menyelubungi pasangan ini dan berharap agar mereka dapat menyelesaikannya secara peribadi selepas ini tanpa menghebahkannya untuk pengetahuan umum.
The post “Suami Saya, Hak Saya” – Netizen Bengang Isteri Buat Video TikTok ‘Back-Up’ Shuk Sahar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments