Penyanyi Wany Hasrita memaklumkan bahawa lebaran tahun ini hanya disambut secara sederhana bersama ibu tersayang.
Ujar Wany yang ditemui media ketika di majlis kempen anti buli siber anjuran Himaya Premium Mask, Kuala Lumpur minggu lalu berkata, dia turut meraikan hari raya dengan perpindahan ke kediaman baru miliknya sendiri.
View this post on Instagram
“Untuk raya tahun ini, Insya-Allah saya akan beraya secara sederhana bersama ibu dan kucing saya di rumah baru. Alhamdulillah, tahun ini ada rezeki beraya di rumah baru, sebelum ini duduk rumah sewa sahaja..”
Tambah penyanyi lagu Belenggu Rindu ini lagi, rumah barunya itu kini masih dalam persiapan akhir sebelum diduduki sepenuhnya kerana masih ada kerja-kerja tertangguh.
View this post on InstagramAdvertisement
View this post on Instagram
Namun, ianya sudah boleh didiami kerana bahagian mustahak rumah tersebut sudah pun siap sepenuhnya.
“Rumah baru itu masih belum siap sepenuhnya, masih ada kerja-kerja yang belum selesai. Bagaimanapun, ia sudah boleh didiami, sudah boleh pakai dapur memasak, tempat nak makan, dan tengok TV pun sudah boleh.” ujarnya menutup perbualan.
The post Sambut Raya Apa Adanya, Wany Hasrita Rai Kemenangan Ramadan Di Rumah Baru first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments