Tindakan pelakon Zaki Azeman yang pulang ke kampung dan merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Perlis mengundang persoalan daripada netizen.
Enggan mwengeruhkan keadaan, Zaki tampil membuat penjelasan mengenai tujuan utamanya pulang ke kampung halaman adalah kerana ingin menziarahi adiknya yang kini terlantas akibat kemalangan empat bulan yang lalu.
View this post on Instagram
Menafikan dakwaan pulang ke kampung kerana ingin meraikan hari raya bersama keluarga, Zaki memberitahu sebab asalnya adalah kerana ingin melawat adiknya.
View this post on Instagram
“Ikutkan memang nak beraya di KL saja. Tapi atas dasar peribadi ingin menziarahi adik, dah lama tak tengok dia. Saya akui ketika ini, memang tidak boleh merentas daerah mahupun negeri jika tiada alasan yang kuat dan munasabah.”
Advertisement
Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada orang ramai jika perbuatannya itu mengguris hati mana-mana pihak yang terkesan akibat perlaksaan PKP 3.0 kini.
View this post on Instagram
Zaki juga menzahirkan harapan agar mereka di luar sana agar tidak bersangka buruk tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.
“Saya harap orang ramai janganlah cepat bersangka buruk tanpa mengetahui perkara sebenar. Saya juga tidak mahu kerana perbuatan balik kampung ini boleh merosakkan dan memburukkan lagi nama penggiat seni, maafkan saya..” ujar Zaki mengakhiri bicara.
The post Pulang Ke Kampung Dengan Alasan, Pelakon Zaki Azeman Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments