Pelakon jelita, Rozita Che Wan tetap meraikan sambutan Aidilfitri dengan meriah apabila beliau memberitahu dirinya telah menyediakan 20 pasang baju raya walaupun tidak dapat pergi kemana-mana atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil sebagai Che Ta berkata dia sempat membuat sesi fotografi bersama keluarganya dengan memakai kesemua 20 pasang baju raya pada 5 Mei lalu.
Ketika ditemubual oleh Harian Metro, Che Ta berkata,
“Baju memang sudah disediakan sebelum kerajaan umumkan PKP 3.0. Ada beberapa pasang baju dari tahun lepas yang tidak pakai sebab PKP 1.0. Jadi, memang banyak sampai 20 pasang. Tapi itulah, apabila kerajaan kata tak boleh ada aktiviti ziarah pada raya ini, kita duduk rumah saja lah. Pakai lawa lawa pun pusing dalam rumah saja.
Mujur saya sudah siap buat sesi fotografi untuk 15 pasang. Jadi, sepanjang raya ini bolehlah saya muat naik di IG.
View this post on Instagram
Che Ta merupakan isteri kepada pelakon Kiah Pekasam, Zain Saidin mengatakan suaminya turut menasihati agar sentiasa berada dirumah dan mengikuti arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.
The post ‘Baju Memang Dah Sediakan Sebelum PKP..’ – Che Ta Sediakan 20 Pasang Baju Raya Tahun Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments