#Hiburan: Pertuduhan Ingkar Langgar SOP PKPB, Neelofa Dan Haris Mengaku Tidak Bersalah

Pasangan selebriti penuh kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dilaporkan mengemukan pengakuan tidak bersalah di atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP)perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Pertuduhan ke atas pasangan ini difahamkan telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, pagi ini.

Advertisement
Neelofa RIzSumber : Google  

Dakwaan ini bermula apabila pasangan itu dilihat memuat naik gambar dan video di sebuah kedai karpet bertempat di Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa dan suaminya didakwa gagal melakukan imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis tersebut. PU Riz turut didakwa atas satu lagi kesalahan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Suaminya dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000, manakala Neelofa pula dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 meskipun pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepadanya.

Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 4 Jun depan.

The post Pertuduhan Ingkar Langgar SOP PKPB, Neelofa Dan Haris Mengaku Tidak Bersalah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments