#Hiburan: Naim Daniel Nasihat Instafamous Dan Selebriti Untuk Lebih Sensitif Ketika Musim Pandemik

Naim Daniel, 23 menasihati segelintir Instafamous mahupun selebriti yang suka berkongsi foto atau aktiviti mereka di media sosial untuk lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan tidak menaikkan kemarahan orang lain ketika musim pandemik ini.

Menurut pelakon tersebut sebagai Instafamous dan selebriti yang mempunyai ramai pengikut di platform media sosial masing-masing, sifat bertanggungjawab perlu ada ketika ingin berkongsi sesuatu atau memuat naik apa sahaja di medial sosial.

Advertisement

Kata penyanyi Sumpah ketika sesi temubual bersama Harian Metro,

Apabila kita didatangkan dengan pengaruh dan jumlah pengikut yang ramai, di mana ia menjadikan kita ini bahan rujukan dan ikutan oleh orang lain yang mengikut kita, untuk menjadi contoh terbaik sangat penting.

Ini kerana kita ‘feed’ penonton dengan apa kandungan dibuat untuk disampaikan kepada mereka. Tapi, sekarang dengan apa dilakukan oleh segelintir ‘Instafamous’ serta selebriti ini semacam ikutan yang akhirnya membangkitkan kemarahan orang lain.

Menurutnya lagi, walaupun hanya segelintir Instafamous dan selebriti yang membuat perkara kesalahan itu namun dimata orang ramai, semua Instafamous dan selebriti semuanya sama sahaja melakukan kesalahan tersebut.

Pelakon drama Pia itu berkata seharusnya perlu bersama-sama menjadi selebriti dan Instafamous yang menyalurkan perkara yang baik-baik sahaja kepada peminat dan tidak menaikkan kemarahan orang ramai.

The post Naim Daniel Nasihat Instafamous Dan Selebriti Untuk Lebih Sensitif Ketika Musim Pandemik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments