Pelakon Syanie Hisham baru-baru ini ada meluahkan rasa terkilan apabila dia hanya diberi tawaran bayaran sebanyak RM500 oleh sebuah syarikat produksi tempatan.
Menganggap ianya sebagai sesuatu yang tidak munasabah, Syanie berkata dia tidak teragak-agar untuk menolak tawaran berlakon tersebut kerana tidak berbaloi dengan komitmen yang perlu diberikan.
Syanie dalam pada itu turut menafikan bahawa dia bersikap memilih atau ‘demand’ dengan tawaran berlakon yang diterimanya.
“Sebelum ini ada production manager tawar saya berlakon drama dua episod dengan bayaran RM500 sahaja, memang saya tolak! Bukan sebab saya demand tapi biarlah berbaloi dengan harga berapa lama kita berlakon…”
Dia meluahkan rasa terkilan kerana menyedari hakikat industri hiburan di Malaysia terutamanya lakonan yang tidak mengambil kisah mengenai harga bayaran terutamanya kepada pelakon senior.
Kata Syanie lagi, dia juga kecewa apabila kebanyakan syarikat produksi lebih melihat kepada jumlah pengikut di Instagram berbanding bakat yang ada pada seseorang pelakon.
“Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut..”
Ujarnya lagi, jika bilangan pengikut Instagram kini menjadi penanda aras buat syarikat produksi untuk memilih pelakon, maka pelakon lama sepertinya sudah tertinggal jauh dan sukar mendapat tempat untuk terus relevan dalam industri hiburan kini.
The post Ditawar Hanya RM500 Oleh Syarikat Produksi, Syanie Hisham Luah Rasa Terkilan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments