Pelakon Izreen Azminda mengungkap rasa syukur apabila Melodi menjadi orang tengah menemukan dia dengan bekas isteri suaminya Ude iaitu Intan Saleh pada rakaman Melodi Raya baru-baru ini.
Izreen, 36 mengatakan doanya telah dimakbulkan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan Intan bagi meminta maaf kepadanya.
Ketika sesi temubual bersama Harian Metro, Izreen berkata,
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.
Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.
The post Izreen Azminda Bersyukur Dapat Mohon Maaf Kepada Intan Saleh, Bekas Isteri Suaminya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments