Gara-gara merentas negeri ke kampung halaman Kulim, Kedah bagi meraikan Aidilfitri menggunakan surat rentas negeri ibu, Masya Masyitah kini disiasat oleh polis.
BACA: Dikecam Merentas Negeri Untuk Pulang Ke Kampung, Masya Masyitah Mohon Maaf
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, beliau arahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalankan siasatan atas isu ini.
Tambahnya lagi, tindakan tegas akan dikenakan kepada Masya jika betul terdapat unsur-unsur melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Setakat ini saya boleh katakan, siasatan masih dijalankan dan kita akan tengok adakah benar apa yang ditularkan di Facebook.
Sekiranya ada unsur yang menyalahi undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap artis terbabit.
Kata Superintendan Azhar Hashim ketika ditemubual oleh mStar Online selepas melakukan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya di Plaza Tol Lunas pada hari Sabtu.
Perkara ini menjadi hangat selepas penyanyi popular dengan lagu Hapus itu memberitahu dirinya mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri atas sebab ibu bapa sebagai pasagan jarak jauh.
The post Isu Rentas Negeri Dapat Balik Raya, Masya Masyitah Disiasat Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments