Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengakui berasa kesal dan hampa kerana tidak dapat bersama-sama ahli keluarga yang lain bagi meraikan hari lebaran pada tahun ini.
Akui dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak, Awal dan Scha hanya beraya sesama mereka namun kali ini dengan kehadiran cahaya mata baru iaitu Lyla Amina yang kini berusia hampir empat bulan.
View this post on Instagram
Ujar Awal, masih ada ahli keluarganya sendiri yang masih belum menatap wajah Lyla dan sebelum perlaksanaan PKP 3.0, dia dan isteri punya perancangan untuk memperkenalkan anak kedua mereka kepada ahli keluarganya yang lain.
Namun hasrat itu tidak kesampaian kerana SOP ketat tidak membenarkan amalan ziarah menziarah ketika hari raya itu sekali lagi dikuatkuasakan bermula 10 Mei lalu.
View this post on Instagram
“Ketika Lyla lahir, SOP sangat ketat. Ibu serta ahli keluarga lain tak dapat datang. Jadi mereka mengharapkan ketika hari rayalah mungkin dapat tatap wajah ahli keluarga baru kami. Malah selepas beberapa hari Lyla dilahirkan pun saya tak beri tetamu datang, saya kata nantilah dulu. Bimbang ada apa-apa berlaku sebab anak kecilkan. Raya nanti Insya-Allah dapat jumpa namun hampa.”
Keluarga kecil ini ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Amina Food di Cookhouse TTDI, Damansara pada awal Mei lalu.
View this post on Instagram
Scha yang turut berada di sisi Awal ketika majlis itu walau bagaimanapun menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Ahli keluarga saya yang lain pun tak jumpa lagi Lyla. Tapi nak buat macam mana kan. Kalau kita nak berjumpa pun, mungkin akan datang mudarat baut anak kecil kami. Sebaiknya kami sekeluarga buat apa yang termampu, misalnya berhubung menerusi media sosial dan sebagainya.” ujarnya mengakhiri bicara.
The post Ibu Pun Belum Dapat Tengok Lyla Amina, Scha Dan Awal Hampa Tak Dapat Berkumpul Bersama Keluarga Raya Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments