#Hiburan: Datuk Rizalman Ibrahim Tutup Syarikat Selama Dua Minggu, Bimbang Keselamatan Pekerja

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dilaporkan telah mengambil keputusan untuk menutup sementara syarikat-syarikat miliknya selama dua minggu secara menyeluruh.

Perkara itu dilakukan Rizalman atas sebab keselamatan dan kesihatan para pekerjanya bagi mengurangkan potensi penularan jangkitan wabak COVID-19.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

Penutupan sementara itu diumumkan Rizalman menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

“Biarlah kami laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini demi kebaikan semua.” tulisnya di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai memuji tindakan Rizalman yang melakukan ‘total lockdown’ buat syarikatnya kerana dapat menjaga kemaslahatan pekerja gara-gara penularan wabak membunuh ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

Malah, ada di antara netizen yang turut berharapkan perkara yang sama terhadap majikan masing-masing.

“Terbaik! Company saya je masih beroperasi taknak tutup! Duit lagi penting daripada kesihatan..” luah seorang pengguna media sosial.

 

The post Datuk Rizalman Ibrahim Tutup Syarikat Selama Dua Minggu, Bimbang Keselamatan Pekerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments