Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengakui dirinya berdebar menantikan tayangan telemovie pertama arahannya yang berjudul Delen, semalam.
Janna yang ditemui mendedahkan bahawa dia juga terbuka untuk menerima sebarang kritikan daripada penonton.
Tambahnya lagi, sebarang kritikan yang bakal diterimanya nanti akan menjadi panduan untui dia memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti karyanya pada masa akan datang.
View this post on Instagram
“Saya sudah bersedia untuk menerima kritikan dan pandangan daripada penonton. Saya terbuka dan tidak kisah dengan ‘feedback’ yang bakal diberikan nanti. Bagi saya, samada ia positif mahupun negatif itu sangat membantu saya untuk meningkatkan lagi kualiti karya dan memperbaiki hasil kerja pada masa akan datang.”
Telemovie Delen difahamkan merupakan hasil karya pertama syarikat Janna dan dia menganggap telemovie tersebut sebagai pembukaan untuk dia melangkah dengan lebih jauh di dalam bidang penerbitan dan pengarahan.
Memilih genre romantik komedi sebagai permulaan karya, Janna menganggap jalan cerita Delen akan lebih mudah difahami penonton dan sesuai ditonton oleh seisi keluarga.
View this post on Instagram
“Sudah 10 tahun saya dalam dunia seni, jadi sudah tiba masanya untuk meneroka dengan lebih jauh. Untuk Delen saya memilih genre romantik komedi untuk disajikan kepada penonton kerana jalan ceritanya lebih mudah dihadam penonton.”
Dalam pada itu, Janna turut memberitahu bahawa dia bakal muncul dengan karya terbaru tidak lama lagi yang berjudul Jeti di mana ianya lebih berat dari segi genre dan penuh dengan emosi.
Telemovie Delen ini telah ditayangkan menerusi saluran Astro Citra jam 9 malam,semalam. Selain Janna, ianya turut dibintangi pelakon lain seperti Sean Lee, Sherry Al Hadad, Dini Schatzmann dan Norrenn Iman.
The post Telemovie ‘Delen’ Naskah Pertama Arahan Janna Nick, Sedia Terima Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments