Jumaat lepas, pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah selamat menimang cahaya mata kedua. Difahamkan bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Prince Court Medical Center sekitar jam 9.15 pagi. Mesti Lara Alana tak sabar nak jumpa adiknya tu kan?
Terbaru, Awal Ashaari meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kerana telah banyak berkorban untuk keluarga. Dia menjadi saksi segala kerja keras si isteri sejak jatuh cinta pandang pertama 16 tahun lalu sehingga dikurniakan dua orang zuriat.
View this post on Instagram
Tambah Awal lagi, dia sangat bersyukur dikurniakan isteri seperti Scha Alyahya yang telah melengkapkan hidup dan sentiasa membahagiakannya. Malah, Scha telah menjadikannya insan yang lebih baik dari hari ke hari.
View this post on Instagram
Terdahulu, Awal berkongsi perasaan teruja berdepan dengan proses kelahiran sekali lagi. Baginya, pengalaman itu sangat magical. Keadaan yang asalnya tenang dengan alunan ayat al-Quran dan bunyi detak jantung tiba-tiba bertukar cemas sehingga lahirlah seorang bayi.
Dia sangat bersyukur kerana diberi peluang menyaksikan keajaiban Allah SWT ini.
The post ‘Saya Jatuh Cinta Sejak Kali Pertama..’ – Ucapan Romantis Awal Ashaari Buat Isteri, Sweet Habis! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments