#Hiburan: Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun, ‘Doubt’ Hilangkan Bunyi B

Sebelum ini, penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat semakin langsing. Ramai yang terpegun melihat beliau menggayakan koleksi baju kurung daripada pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, menegur sebutan perkataan bahasa Inggeris Rina Harun ketika membacakan teks dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59.

Advertisement

Menerusi video pendek yang dimuat naik, Adibah Noor memuji teks ucapan yang ditulis dengan baik. Malah, dia berharap dapat membacanya sendiri.

Mengenai sebutan bahasa Inggeris pula, Adibah Noor menjelaskan doubt disebut dengan menghilangkan bunyi ‘b’ iaitu ‘dout’ bukannya dupdaobdib. Cara sebutan bagi perkataan debt juga sama iaitu dengan menghilangkan ‘b’ iaitu det.

Sehingga kini, video ini telah mendapat lebih 15k retweet dan 22k likes daripada pengguna Twitter. Mereka memuji penyanyi ini yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan pengikutnya. Sama-sama kita belajar ya.

The post Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun, ‘Doubt’ Hilangkan Bunyi B first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments