#Hiburan: Silap Pakai Produk Terus Jerawat Satu Muka, Ini Mungkin Jawapan Untuk Penderita Kulit Sensitif

Salah pakai produk sikit, mulalah kulit merah-merah, bertambah kering, menggelupas dan paling seram, berjerawat satu muka! Aduh, inilah antara masalah untuk mereka berkulit sensitif kena hadapi. Selalu kena berjaga-jaga dan teliti baca bahan yang sesuai untuk kulit dan cuba pakai sikit sebelum boleh menggunakan sepenuhnya.

Mereka berkulit sensitif cukup sukar mencari produk penjagaan kulit yang boleh menangani jerawat atau alahan. Kadang-kadang bila ada yang mencadangkan sesuatu produk pun, tidak semestinya produk yang sama memberi kesan serupa. Semuanya perlu melalui proses try and error, mencuba dan terus mencuba sampailah menemui skincare yang serasi.

Advertisement

Tahu tak kebelakangan ini ada produk keluaran baru untuk kulit sensitif dalam masa yang sama boleh memberikan kesan pencerahan berseri-seri? Macam best kan? Produk ini mempunyai bahan dinamakan “Niacinamide” yang sesuai untuk mereka berkulit sensitif. Selain Niacinamide, produk ini juga dirumus dengan “White Sea Daffodils” untuk memaksimumkan impak kulit cerah dengan pemakaian konsisten. 

Bagi mereka yang masih tercari-cari, jenama penjagaan kulit Cetaphil memperkenalkan rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance untuk menyelesaikan masalah anda. Cetaphil Bright Healthy Radiance ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik hitam dan mencerahkan kulit hanya dalam 4 minggu*, dengan GentleBright Technology. 

Nak tahu apa itu GentleBright Technology? Ianya adalah bahan yang dicipta khas untuk kulit sensitif untuk bertindak pada setiap tahap penghasilan melanin tanpa merosakkan lapisan pelindung kulit atau skin barrier.

Diformulasikan dengan Niacinamide atau Vitamin B3, bahan ini sangat bermanfaat sebagai antioksidan untuk mencerah dan menyekatakan tona kulit dengan mengawal penghasilan melanin (penyebab kulit gelap) dibebaskan ke permukaan kulit.

Advertisement

Bukan itu saja, White Sea Daffodil turut ditambah untuk mengurangkan saiz dan warna bintik hitam dengan mengawal penghasilan melanin selain menyekat pengeluaran berlebihan bahan itu.

Mulakan langkah pertama untuk wajah berseri dengan Brightness Reveal Creamy Cleanser yang menyingkirkan kotoran tanpa menghilangkan lembapan semulajadi kulit. Kedua, hidrasikan semula kulit dengan Brightness Refresh Toner.

Seterusnya, paling penting, pastikan kulit ada perlindungan daripada sinar UV yang membahayakan. Gunakan Brightening Day Protection Cream dengan SPF15. Bukan saja melindungi dari sinar membahayakan, malah menjadikan kulit wajah sekata dan mengelakkan terjadinya bintik hitam.

Advertisement

Jangan lupa sapukan Brightening Night Comfort Cream untuk rutin penjagaan malam. Ia dapat merawat bintik hitam dan menggantikan kelembapan yang hilang seharian, dan anda akan bangun dengan kulit anjal dan sihat setiap pagi.

Nak kulit sihat, berseri dan cerah dalam 4 minggu*? Untuk maklumat lanjut, layari https://brighthealthyradiance.com/. Dapatkan Cetaphil Bright Healthy Radiance di drugstore berhampiran anda atau secara online di Shopee atau Lazada hari ini.

*Fail data Galderma 203150, 203141 & RD.27.SPR.203148

The post Silap Pakai Produk Terus Jerawat Satu Muka, Ini Mungkin Jawapan Untuk Penderita Kulit Sensitif first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments