#Hiburan: Selalu Kena Banding Dengan Kakak, Ameera Khan Tertekan Kerana Tidak Seperti Neelofa

Model dan juga pengusaha kosmetik, Ameera Khan yang dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) mengakui dirinya agak terganggu dengan kritikan dan kata-kata daripada netizen yang ditujukan kepadanya di media sosial.

Little Miss KhanSumber : Google  

Menurut Ameera, dia berasa tertekan kerana sering dibandingkan dengan kakaknya, Neelofa. Namun, Ameera juga mendedahkan bahawa dia sudah cukup bijak untuk menyembunyikan perasaan sebenar terhadap perkara tersebut.

Advertisement

Menganggap perkara sedemikian kadang-kadang sangat menyakitkan untuk dibaca, Ameera berkata dia memahami kerana apa yang dikecapinya kini juga datangnya daripada mereka yang mengkritik dan mengikuti perkembangan hidupnya.

“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan. Cuma saya rasa, saya agak baik di dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen mengenai apa yang mereka perkatakan tentang saya. Terutamanya apabila mereka bandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakitkan, tetapi saya memahami kerana saya di sini kerana mereka.”

Ameera dalam pada itu turut menjelaskan bahawa apa yang ditonjolkannya dalam media sosial bukanlah merujuk kepada gaya hidupnya secara keseluruhan. Tambahnya lagi, perbezaan umur dengan kakaknya itu sangatlah ketara jadi sehubungan dengan itu dia juga merasakan bahawa perjalanan hidupnya masih lagi jauh.

Advertisement

“Apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsi. Bukan segala-galanya atau bukan 100 peratus kisah hidup saya. Mungkin ia hanyalah 2 peratus sahaja tetapi ada sesetengahnya yang anggap mereka tahu segalanya mengenai diri saya. Tetapi tidak mengapalah..saya tahu mereka bukanlah tahu semuanya.. Tapi inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan.”

Adik tiri kepada personaliti TV terkenal ini juga menganggap mereka di luar sana tidak tahu mengenai kisah hidupnya yang sebenar dan dia memilih untuk tidak terlalu serius dalam memikirkan kata-kata daripada mulut netizen.

The post Selalu Kena Banding Dengan Kakak, Ameera Khan Tertekan Kerana Tidak Seperti Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments