#Hiburan: Mohon Maaf Kepada Netizen Atas Kekecohan, Aiman Tino Dan Ibu Kandung Dah Berbaik Semula

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyanyi muda, Aiman Tino telah menghilangkan diri sehingga menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarganya, terutama si ibu, Hazelina Mat Jamil.

Aiman Tino dan ibuSumber : Google  

Hazelina yang sebelum ini ada memuat naik pernyataan mengatakan bahawa anak lelakinya itu telah menghilangkan diri kerana dikawal oleh seorang perempuan.

Advertisement

Pernyataan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang memberi gelaran mentua dari neraka kepada ibu Aiman Tino itu. Enggan mendiamkan diri, Hazelina tampil memberi reaksi balas sehingga agak kecoh di media sosial.

Namun pada hari semalam, Hazelina yang menggunakan nama Instagram @yusririena ini tampil membuat permohonan maaf di atas apa yang terjadi.

Instagram HazelinaSumber : Instagram Yusririena  

Manakala di ruangan entri berbeza, Hazelina turut memuat naik foto bersama Aiman dan juga suaminya, Yusri Ishak.

“Sayang dunia akhirat..” tulis Hazelina sebagai kapsyen ringkas di fotonya itu.\

View this post on Instagram

A post shared by Riena yusri (@yusririena)

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial ibu kepada penyanyi itu tampil mendoakan agar keluarga besar ini sentiasa bahagia dan dilindungi Allah S.W.T daripada segala keburukan.

The post Mohon Maaf Kepada Netizen Atas Kekecohan, Aiman Tino Dan Ibu Kandung Dah Berbaik Semula first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments