Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila sekeping foto yang dimuat naik olehnya ke ruangan media sosial Instagram memaparkan seolah-olah dia mencacah tatu di bahagian tangan.
Dalam foto tersebut, dia yang mengenakan pakaian tradisional Cheongsam berona putih gading itu dilihat telah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya, semalam.
Namun yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila terdapat tulisan seakan-akan tatu dan lantas telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat.
View this post on Instagram
Enggan membiarkan peminat terus membuat spekulasi, Puteri Aishah dilihat tampil menjawab persoalan netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, entri berkenaan telah meraih hampir 170,000 tontonan namun ruangan komen telah ditutup pelakon filem Pulang itu.
The post Didakwa Cacah Tatu Di Tangan, Puteri Aishah Jawab Tuduhan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments