#Hiburan: Didakwa Ubahsuai Rumah Pakai Duit Haram Oleh Azwan Ali, Ziha AF Beri Kenyataan Balas

Ziha AF nampaknya telah tampil memberi kenyataan balas apabila pengacara sensasi, Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA mendakwa dirinya menggunakan duit haram kerana sering memaparkan reka bentuk rumahnya yang dianggap sebagai mewah.

Ziha AFSumber : Instagram Ziha Salleh  

Bekas peserta Akademi Fantasia sesi 2014 ini telah dituduh Diva AA menerusi sebuah hantaran status di ruangan Twitter milik pengacara itu.

Advertisement

Menurut Diva AA, Ziha dikatakan sengaja menayang ruang dapur kediamannya yang dilihat mempunyai dekorasi dalaman yang mahal dan mewah.

Tambah pengacara itu lagi, Ziha tidak mampu untuk memiliki semua itu kerana merasakan penyanyi tersebut sudah ‘tidak laku’ di industri seni.

Walau bagaimanapun, Ziha yang enggan berdiam diri telah tampil memberi kenyataan balas melalui sebuah entri terbaru di ruangan Instagramnya.

Advertisement

“Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak secara rapat. Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Saya bersyukur seadanya. Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami. Apa yang kami ada adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami. Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita.”

Dia yang menulis panjang lebar dalam hantaran tersebut turut meminta maaf kepada Diva AA jika dia ada membuat sebarang kesilapan atau kesalahan jika ada.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Ziha telah tampil memberikan pendapat di mana rata-rata menganggap dakwaan Diva AA sebagai keterlaluan dan melampau.

The post Didakwa Ubahsuai Rumah Pakai Duit Haram Oleh Azwan Ali, Ziha AF Beri Kenyataan Balas first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments