#Hiburan: Dedah Diri Dan Keluarganya Disihir, Aeril Zafrel Ajak Bersemuka,-“Saya Maafkan Perbuatan Aniaya Itu..”

Pelakon dan juga usahawan, Aeril Zafrel membuat pendedahan yang menggemparkan apabila dia mendakwa diri dan ahli keluarganya yang lain telah disihir oleh seseorang, baru-baru ini.

Aeril ZafrelSumber : Instagram Aeril Zafrel  

Pendedahan itu telah dikongsikan pelakon itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya, tengah hari tadi untuk tatapan peminat.

Advertisement

Menerusi entri itu, pelakon filem 7 Petala Cinta itu menunjukkan tiga bentuk objek menyerupai patung manusia dengan kepala yang berlubang di tengah serta terdapat ukiran yang tidak dapat difahami pada bahagian badan patung itu.

Menganggap ianya sebagai sebuah ujian serta dugaan buat dia dan ahli keluarganya, Aeril mengucapkan syukur kerana terselamat daripada gangguan sihir itu menerusi pertolongan seseorang yang arif.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang. Begitu juga dengan saya. Alhamdullilah…Allah hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif saya dan keluarga terselemat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini.”

Advertisement

Dia dalam pada itu turut membuat permohonan maaf jika ada membuat silap tanpa disedari sehingga mungkin menyinggung perasaan orang lain. Dia juga kemudiannya mengatakan bahawa telah memaafkan pihak yang mempunyai niat tidak baik terhadap mereka sekeluarga.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melempiaskan amarah atau menegur kesilapan saya, marilah bertemu secara nyata dan InsyaAllah saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada.”

Suami kepada pelakon Wawa Zainal ini walau bagaimanapun tidak memberitahu secara jelas mengenai penemuan objek khurafat tersebut dan siapa yang telah membantunya ‘mengesan’ mengenai kehadiran sihir dalam keluarga mereka.

The post Dedah Diri Dan Keluarganya Disihir, Aeril Zafrel Ajak Bersemuka,-“Saya Maafkan Perbuatan Aniaya Itu..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments