#Hiburan: Rajin Hafal Pelbagai Surah Al-Quran, Usaha Amar Baharin Raih Pujian Netizen

Sering berkongsi aktiviti harian di laman Instagramnya, kini nama pelakon Amar Baharin khabaranya semakin disebut-sebut netizen kerana acap kali menunjukkan minat dalam bidang pengajian Islam.

Lebih menarik, suami kepda pelakon Amyra Rosli ini juga tidak ketinggalan berkongsi minatnya dalam menghafaz pelbagai surah bersama peminatnya di laman berkenaan.

Advertisement

Jika sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata ini difahamkan telah berjaya menghafaz 30 ayat daripada surah Al-Mulk. Namun, menerusi perkongsian terbaru, beliau tampil memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang membaca hafalan surah Al-Kahfi ayat 1-10.

View this post on Instagram

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Advertisement

Lebih menarik, setiap bacaan yang dialunkan pelakon itu kedengaran lancar dan bagus sehingga wujud segelintir pengikutnya yang meninggalkan komen positif terhadap bacaannya itu dan mengagumi sikap yang ditonjolkan jejaka tersebut.

Untuk rekod, Amar telah sah menjadi suami kepada Amyra pada 11 November 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments