#Hiburan: Rai Ulang Tahun Ke 15, Cik B Trending Di Twitter

Mencuri tumpuan netizen di media sosial, secara mengejut, nama Cik B difahamkan telah trending di laman Twitter tempoh hari.

cik b

Anak kepada jutawan kosmetik tersohor Malaysia, Datuk Seri Vida itu dihujani ucapan tahniah dan kata-kata sokongan di laman berkenaan.

cik b trending

Kredit – Gempak

Cik B yang kini telah memasuki usia 15 tahun seakan tular apabila Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah iaitu anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menyampaikan ucapan hari lahir kepadanya menerusi satu hantaran tweet.

cik b

“Happy bday cik b!”

Cik B berkongsi satu video dirinya di Instagram bertanya kepada beberapa individu terdekat termasuk adik dan ibunya mengenai tarikh hari lahirnya iaitu 19 Mei.

View this post on Instagram

Hahaha

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66) on

Namun tiada sesiapa yang mengingati hari ulang tahun kelahirannya kerana kesemua mereka menjawab ia merupakan hari Selasa.

Malah mengintai di ruangan komen, ada segelintir pihak seakan cuba mahu menyedapkan hatinya dengan berkata ahli keluarganya itu sengaja berbuat demikian kerana mahu memberi kejutan untuknya nanti.

Terdahulu, nama Cik B pernah tular di media sosial apabila beliau bertindak menyerahkan wang berjumlah RM100,000 kepada ibunya bagi menyelesaikan kes hutang Vida dengan penyanyi Aisyah.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments