#Hiburan: Vivy Yusof Mohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Gara-gara keluhan seorang usahawan kosmetik yang mengeluh bahawa pekerja diberikan keutamaan tidak membantu golongan usahawan kecil menerusi Bantuan Prihatin Nasional, Datin Vivy Yusof pula yang dikecam teruk.

vivy yusof ambil tindakan undang undang

Nama Vivy menjadi bualan hangat netizen apabila bersetuju dengan kenyataan wanita itu. Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka berdua yang hanya mementingkan perniagaan sahaja dan seakan memperkecilkan golongan B40. Malah, ada yang mahu memboikot produk usahawan itu.

Minta maaf, tak pernah perkecilkan golongan B40

Tampil memberikan penjelasan mengenai kontroversi tersebut, Vivy berkata dia tidak pernah terfikir mengeluarkan kenyataan seperti itu, malah tidak menyangka orang ramai mempercayai perkara itu. Pada masa yang sama, dia membuat permohanan maaf secara terbuka kepada netizen dan golongan itu yang tersinggung dengan kenyataannya.

Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya. Saya tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu. Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didakwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi.

vivy yusof petisyen

Saya tak akan ambil peduli atau menghulurkan bantuan sekiranya memandang rendah kepada golongan ini. Saya juga tidak akan mewujudkan tabung untuk mereka.

Saya risau dan mengambil berat mengenai nasib mereka dalam keadaan sekarang. Mungkin kesilapan datang daripada saya.

Saya banyak bermuhasabah sepanjang tiga hari ini. Saya akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan atau berkongsi dalam media sosial

Terkesan dengan kecaman, bakal ambil tindakan undang-undang

vivy yusof mohon maaf secara terbuka

Vivy turut menyifatkan kecaman dan tomahan yang dilemparkan kepadanya agak keterlaluan. Dia menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang telah memutarbelitkan kenyataannya.

bu bapa dan suami terkesan dengan kecaman netizen. Ia amat berat untuk ditanggung kerana dikecam pada peringkat nasional.

petisyen vivy yusof uitm

Saya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menjadikan kontroversi berkenaan sebagai pengajaran terbesar dalam hidupnya, Vivy berkata, dia akan bangkit dengan semangat baharu, apatah lagi masih banyak pihak mempercayai dan memberikan semangat buatnya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments