Spekulasi keretakan rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan hangat apabila surat tuntutan cerai yang dibuat oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida tersebar luas di internet selepas didedahkan sendiri oleh jutawan kosmetik itu menerusi akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, ketika dihubungi oleh portal berita Harian Metro, Aliff tidak mahu mengulas mengenai perkara itu dan hanya membalas mesej pertanyaan wartawan dengan emoji sedih, ia sekaligus membuatkan perkara itu terus menjadi persoalan.
Muat naik status sedih
Aliff sejak kebelakangan ini dilihat sering memuat naik status sedih dan bernada kecewa yang menguatkan lagi dakwaan bahawa rumah tangganya sedang bergolak.
“Permohonan diluluskan”
“Buang ego dan selesaikan masalah secara baik” – Netizen
Rata-rata netizen meminta agar Aliff tidak membuat keputusan drastik dan memintanya muhasabah diri. Rendahkan ego dan cuba untuk menyelesaikan masalah bersama isterinya dengan baik.
Difahamkan, kes perbicaraan pasangan tersebut bakal disambung semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Aliff dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.
Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian. Mereka juga dikatakan sudah tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments