Pendakwah bebas terkenal iaitu Muhammad Haris Bin Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam panas selama tiga hari.
Dia kemudiannya telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan dimaklumkan pada keesokan harinya bahawa dia telah dijangkiti wabak tersebut.
Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif COVID-19.
Saya redha dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini.
Riz memberitahu bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah dan hanya keluar untuk membeli barangan keperluan sahaja. Namun, dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Sri Petaling yang umum mengetahui berlakunya penularan wabak tersebut bagi kluster Tabligh.
Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja. Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Sri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini.
Kami harap PU Riz kekal tabah menghadapi ujian ini dan semoga cepat sembuh. Doakan yang baik-baik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments