#Hiburan: Pagi Kena Perform, Petang Semalam Baru Kena Cerai – Nonny Nadirah Buka Mulut Kisah Peribadi

Tidak sampai setahun berkahwin, mahligai yang dibina oleh penyanyi Nonny Nadirah hancur musnah dan dia sah bercerai pada tahun lalu. Keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukanlah sesuatu yang mudah.

nonny nadirah

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Nonny berkongsi kisah disebalik saat duka ketika bercerai dan beberapa lagi kisah peribadinya.

Dia turut memuat naik videonya yang menangis ketika membuat persembahan. Difahamkan, ia sehari selepas dia diceraikan.

“Pagi kena Perform, petang semalam baru kena cerai”

View this post on Instagram

Swipe left ⬅ utk pencerahan! Don’t simply judge! . What i learned about Islam,islam itu indah & mudah. Tapi bukan bermakna kita boleh ambil mudah. . Cantik tak sy freehair? 😉 Sy boleh pilih utk sentiasa kelihatan cantik dimata manusia,sexy,jadi mcm penyanyi kpop,makeup 24jam, yaa ive been there before. . Tapi ini semua siapa punya? Allah punya. siapa bagi pinjam cantik tu? Allah kan. Diri kita nie,siapa punya? Allah punya. Jadi kenapa kita perlu lawan perintah Allah. Bersebab kenapa kita disuruh menutup aurat. Dikira sy pilih jalan utk kembali ke fitrah masa nama meningkat naik,tapi sy x pernah menyesal. Sebab sy takut dgn Allah. Cantik mcm mana pun ini semua mainan dunia,makin hari kita makin tua. ntah sempat atau tidak utk bertaubat. Now sy dah jadi mokcik2 but im so happy! inilah ketenangan yg sy cari selama nie.. :’) Hidayah itu mahal. Paksa & latih diri utk berubah ke arah yg lebih baik. . Mcm sy pernah mention sblm ini, sy masih didalam fasa sy sendiri. Hanya Allah maha mengetahui. Lepas balik dari umrah sy diuji dgn terbolak-baliknya hati ini. Sebab tu kita dipesan jgn tinggal solat dan hari demi hari sy bagi masa kpd diri sy utk memperbaiki diri, bukan disebabkan makhluk tapi krn Lillahi Ta’ala. Jgnlah dikeji atau dikecam selepas ini jika masih ada kekurangan dari diri sy. Kita semua manusia biasa. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegur boleh, tak salah. Tapi kalau yg nk menegur tu pun langsung xde inisiatif utk menutup aurat, menegur mengalahkan ustazah pun x boleh juga.😅 Bila sifulan berkata2 wow i dont bilip!! Dia tahu dosa pahala. Dia sifulan yg serba tahu. . Slowly but surely, dgn izin Allah i am going there. . Don’t just tell me. Show me. U are better than me. please. 😊🦋 . #jommuhasabahdiri #justsaying #iwilldeletesoon #stopbeingustazorustazah #komenygbaik2

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

nonny nadirah kongsi kisah peribadi

Kongsi kisah peribadi untuk wanita diluar sana yang ditindas jadi lebih kuat

nonny nadirah kongsi kisah peribadi nonny nadirah kongsi kisah peribadi

Nonny berkongsi kisah peribadinya itu bukanlah untuk meraih perhatian atau simpati tetapi berharap agar wanita lain di luar sana yang ditindas dan dibuli menjadi lebih kuat, bersemangat untuk bangkit daripada kesengsaraan.

Jika buntu, jangan segan kembali pada Allah SWT

nonny nadirah kongsi kisah peribadi

Menurut Nonny, jika sudah terlalu buntu, janganlah segan untuk kembali kepadaNya dan memohon pertolongan untuk terus tabah menghadapi segala ujian.

Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Nonny pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen selepas sembilan tahun menyulam cinta. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments