#Hiburan: Netizen Mahu Rizalman Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Kemarahan netizen terhadap tindakan ahli perniagaan terkenal Datin Vivy Yusof gara-gara menyuarakan pendapat dan mengulas isu bantuan yang diterima golongan berpendapatan rendah, B40 masih belum reda. Malah, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila satu petisyen diwujudkan menuntut Vivy meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

rizalman ahli lembaga pengarah uitm

Dalam pada masa yang sama, beberapa perkongsian netizen mencuri tumpuan ramai apabila mengutarakan cadangan agar pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM bagi menggantikan tempat Vivy.

Rizalman patut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

rizalman ahli lembaga pengarah uitm rizalman ahli lembaga pengarah uitm

Rizalman menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana dia seorang usahawan serta pereka fasyen yang tersohor, malah dia juga merupakan graduan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM yang lebih layak memegang jawatan tersebut.

Alumni berjaya dan memang layak

rizalman uitm rizalman ahli lembaga pengarah uitm

Rata-rata netizen bersetuju serta menyokong cadangan tersebut dan mengharapkan agar pihak pentadbiran UiTM mempertimbangkan cadangan mereka.

Terdahulu, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti  berkenaan pada Mei tahun lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments