Meskipun kini ada segelintir artis yang bertindak “menyerangnya” dengan pelbagai tuduhan dan kecaman menerusi Telegram, pelakon Zarina Anjoulie bagaimanapun mengakui dia sedikit pun tidak rasa tergugat. Dia berkata, tindakannya bersuara mengenai mengenai golongan selebriti mahu menerima bantuan khusus daripada kerajaan sebelum ini adalah perkara betul dan juga dibuat secara am.
Katanya lagi, dia bukanlah Zarina dahulu yang boleh ditindas dan dipijak. Malah, ramai yang bersetuju dengan pendapatnya termasuklah beberapa selebriti yang turut menyatakan perkara yang sama.
Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap. Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama.
Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat. Mereka nak tindas orang yang senang dipijak.
Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut? Semua nak buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau
Zarina menganggap tindakan segelintir artis mengutuknya seperti dalam kumpulan Telegram yang tersebar itu adalah salah. Tambah Zarina lagi, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengatakan dia meracun netizen untuk membenci artis, tetapi tindakan persatuan itu meminta artis membuat laporan terhadap dirinya turut dikira sebagai menghasut.
Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut? Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.
Dalam pada itu, Zarina berkata dia tidak akan memohon maaf kerana permintaan itu tidak masuk akal, menegaskan bahawa dia tidak ada melakukan apa-apa kesalahan.
Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?
Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah. Dia turut mendedahkan perbualan di Telegram dimana beberapa artis menghina netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments