SUBANG JAYA – Seorang bekas pegawai pemasaran berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM560,000 ‘lebur’ diperdaya sindiket Macau Scam.
Difahamkan, mangsa berusia 71 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Isnin lalu.
Suspek berjaya memperdaya mangsa dengan mengatakan mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, mangsa yang bimbang dengan dakwaan suspek itu kemudian telah memindahkan wang simpanannya ke akaun bank yang diberikan suspek.
“Suspek turut mendakwa akan memulangkan wang tersebut sebaik siasatan selesai.
“Bagaimanapun, selepas mangsa memindahkan wangnya, baru dia tersedar apabila mendapati dirinya telah terpedaya sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 60 tahun di sebuah bank di ibu negara petang tadi ketika mengeluarkan wang berjumlah RM250,000.
Katanya, penahanan itu dibuat susulan kecurigaan pihak bank yang mendapati suspek membuat pengeluaran dengan jumlah yang sama sehari sebelum.
“Polis turut dirampas satu buku bank serta resit transaksi pengeluaran. Suspek yang bekerja di pasar malam itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir
The post RM560 ribu lesap ditipu, polis palsu call rumah appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
2 Comments
This post is very interesting with worthful content. Your explanation style is very impressed to me, Thanks for your sharing and I like the more likable post. Keep going on...
ReplyDeleteUnix Training in Chennai
Unix shell scripting Training in Chennai
Excel Training in Chennai
Corporate Training in Chennai
Oracle Training in Chennai
Oracle DBA Training in Chennai
Pega Training in Chennai
Unix Training in Chennai
Unix shell scripting Training in Chennai
Very useful information, Keep posting more blog likes this, Thank you.
ReplyDeleteAviation Courses in Chennai
cabin crew training institute in Chennai
airlines training Chennai
Ground staff training in Chennai
Aviation Academy in Chennai
air hostess training in Chennai
airport management courses in Chennai