Malaysia: Razlan nafi suruh tembak DAP, pemimpin DAP tak faham Melayu

Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii memperjelaskan maksud ‘tembak’ yang dikatakan ditujukan kepada DAP menerusi Twitternya.

“Tembak ini boleh juga membawa maksud balun, balas kata-kata, sembur…ia macam bahasa pasar…di sini maksudnya bukanlah saya suruh angkat senjata atau apa.

“Maksud tembak itu telah disalah tafsir oleh pemimpin DAP yang kurang fasih Bahasa Melayu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mohd Razlan semalam ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan berikutan kenyataannya itu yang didakwa berbaur ancaman terhadap DAP.

Mohd Razlan disiasat oleh Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang) Bukit Aman dan disiasat mengikut Seksyen Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Mohd Razlan mendakwa, pemimpin DAP terutama dalam kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kebanyakannya tidak mahir dalam Bahasa Melayu.

“Ia banyak maksud seperti juga bahasa pasar. Kita tahu kebanyakan pemimpin DAP tidak tahu sangat Bahasa Melayu. Jadi, biar mereka belajar bahasa dan budaya kita dulu,” katanya.

Tambahnya, kes ini telah dijelaskan dan tidak bermaksud untuk mengancam sesiapa, namun itu hanya bahasa pasar politik sahaja.

Sebelum ini, Mohd Razlan menerusi Twitternya ada menyebut eloknya puak DAP ditembak.

Status yang dimuat naik menerusi Twitter berkenaan dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol dari DAP, Chew Chong Sin yang mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan kes pembunuhan di dua masjid di Christchurch, New Zealand dengan kerjasama antara UMNO dan PAS sebelum menarik balik kenyataan.

KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir

The post Razlan nafi suruh tembak DAP, pemimpin DAP tak faham Melayu appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

3 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)