LARUT: Malaysia Baharu yang dicanang pemerintahan Kerajaan PH penuh dengan kepalsuan termasuk juga mempraktikkan demokrasi palsu, demikian bidas Yang DiPertua PAS Kawasan Larut, Ustaz Akmal Kamarudin.
Menurut beliau pada peringkat awal, kebenaran telah diberi kepada penganjur Himpunan Perpaduan Ummah Kawasan Larut untuk menggunakan premis Arena Square Batu Kurau.
Namun maklumnya, di saat akhir berlaku dolak dalih hingga kemudiannya kebenaran yang telah diberikan tersebut ditarik balik dengan alasan yang langsung tidak munasabah.
“Kita sedih kerana demokrasi di zaman PH ini adalah palsu, tidak cukup janji palsu manifesto, kemudian sijil palsu dan sekarang demokrasi palsu. Rakyat makin boleh menilai prestasi dan janji PH ini,” tempelaknya pada program itu semalam
Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Dato' Shaarani Mohamad pula menegaskan bahawa penarikan balik kebenaran ini adalah kerana bangsa DAP yang tidak mahu melihat perpaduan antara umat Islam.
Bidasnya, mereka cukup takut dengan perpaduan ini sehingga mengeluarkan kenyataan yang semakin memualkan seperti menyamakan dengan Taliban, pengisytiharan perang dan pelbagai lagi.
“Ini menunjukkan bangsa DAP ini terlalu takut, sebab itu mereka akan pastikan himpunan ini tidak berjaya,” sambung beliau.
Himpunan bersejarah yang dihadiri ribuan penduduk itu menampilkan tetamu khas iaitu Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. -HARAKAHDAILY 20/3/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
1 Comments
This post is very interesting with worthful content. Your explanation style is very impressed to me, Thanks for your sharing and I like the more likable post. Keep going on...
ReplyDeleteUnix Training in Chennai
Unix shell scripting Training in Chennai
Excel Training in Chennai
Corporate Training in Chennai
Oracle Training in Chennai
Oracle DBA Training in Chennai
Pega Training in Chennai
Unix Training in Chennai
Unix shell scripting Training in Chennai