Thursday, 5 September 2013

9 Ciri Lelaki Sejati




Bagi yang masih mencari dan terus mencari lelaki idaman, mungkin pandangan ini boleh dijadikan panduan dalam menilai lelaki sebenar untuk dijadikan teman sejati:

1) Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripa kasih sayangnya pada orang disekitarnya.

2) Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

3) Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat disekitarnya, tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

4) Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati ditempat kerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

5) Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

6) Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang, tetapi daripada hatinya yang ada disebaliknya.

7) Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

8) Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawap yang dipikul, tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

9) Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci, tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya. 



*Dipetik daripada keratan akhbar 2009.

No comments:

Post a Comment

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...