#Hiburan: Video ‘Founder’ Butik Pakaian Buat Ramai Teruja, ‘Reveal’ Tarikh Nikah Fattah Amin & Amira Othman?

Baru-baru ini, penyanyi Irfan Haris membuatkan ramai teruja selepas didakwa memberi bayangan bahawa kakaknya, Amira Othman bakal menamatkan zaman bujang bersama Fattah Amin tidak lama lagi.

2025-08-23 10:32:24

Majlis Kahwin Amira Othman & Fattah Amin Dalam Masa Terdekat? Irfan Haris Beri Hint - "Segenap Rasa, Segenap Takdir"

Advertisement

Terbaru, hantaran pengasas butik pakaian terkenal, Hijabista Hub iaitu Wanie Elena mencuri perhatian selepas dia berkongsi video memaparkan Amira menggayakan busana pengantin lengkap  dengan bunga tangan dan perhiasan crown di atas kepala.

Kapsyen ditulis Wanie juga seakan-akan mengesahkan tentang desas desus perkahwinan tersebut selepas dia memuji aura baka pengantin dimiliki Amira.

MasyaAllah berseri-seri pengantin ni.

Video tersebut turut mencuri perhatian selepas ia turut memaparkan kad dipercayai kad jemputan perkahwinan yang tertulis huruf A dan satu huruf yang disorokkan bertarikh 26 Ogos.

Turut kelihatan, dua bentuk cincin jenama mewah Cartier, seutas jam tangan, sepasang kasut tumit tinggi bersebelahan dengan dua hangers yang mempunyai huruf A dan F.

 

View on Threads

 

Sama-sama kita tunggu hingga ke tarikh itu, tinggal dua hari sahaja lagi…. 

The post Video ‘Founder’ Butik Pakaian Buat Ramai Teruja, ‘Reveal’ Tarikh Nikah Fattah Amin & Amira Othman? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments