#Hiburan: Bebas Tuduhan Pukul Isteri, Radhi OAG Pertimbang Hantar Surat Tuntutan Pada Bekas Isteri – “Dia Burukkan Imej, Hilang Tawaran Kerja”

Baru-baru ini, peguam penyanyi, Radhi OAG iaitu Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah pun membebaskan anak guamnya daripada pertuduhan menyerang bekas isteri, Nur Shahira Ayu, semalam.

Bebas pertuduhan sengaja pukul isteri

Menurutnya, keputusan tersebut diambil selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Radhi.

Advertisement
radhi oag bebas tuduhan pukul isteriSumber : MUHAMMAD HAZIM IZAM  

Dalam pada itu, Haziq berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada bekas isteri Radhi dengan menuntut permohonan maaf secara terbuka.

Sengaja burukkan imej Radhi

radhi oag bebas tuduhan pukul isteri

Kes ini dah selesai, tapi kami mungkin akan pertimbangkan untuk keluarkan LOD kepada bekas isterinya. Sebelum ini dia ada buat kenyataan berlebihan sehingga menjejaskan imej anak guam saya dan menyebab Radhi hilang tawaran kerja.

Sekadar info, sebelum ini Radhi didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isteri pada 19 April 2022, kira-kira jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

Bekas isteri Radhi OAG tuntut pampasan RM300K
2024-06-12 09:32:25

"Macam Ambil Kesempatan" - Radhi OAG Enggan Bayar Tuntutan RM300K Dari Bekas Isteri Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

The post Bebas Tuduhan Pukul Isteri, Radhi OAG Pertimbang Hantar Surat Tuntutan Pada Bekas Isteri – “Dia Burukkan Imej, Hilang Tawaran Kerja” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments