#Hiburan: Mahu Fadhlina Sidek Letak Jawatan, Mahasiswa Akan Lakukan ‘Himpunan Mogok’ Di Hadapan Ibu Pejabat KPM

Melalui laporan Malaysia Kini, hari ini, dua kumpulan mahasiswa telah merancangkan satu protes untuk menuntut peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas dakwaan gagal menangani kes kematian Allahyarham Zara Qairina serta mengutamakan perbelanjaan pendidikan yang tersasar.

fadhlina sidek

Advertisement

Difahamkan protes terbabit akan dilakukan di hadapan ibu pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya, pada 10.30 pagi hari ini.

Jutaan ringgit dibazirkan untuk projek sia-sia seperti pin Jalur Gemilang bernilai RM8.4 juta, sementara keselamatan sekolah masih longgar, guru dan warden tidak terlatih menangani krisis, dan murid terus menjadi mangsa.

fadhlina sidek

Dalam pada itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) berkata setakat ini, perkara yang ditawarkan oleh Fadhlina hanyalah slogan kosong anti-buli, insentif sifar buli, dan acara retorik seperti ‘We love you PMX, happy birthday’ yang sama sekali tidak menyelamatkan nyawa pelajar.

Untuk info ramai, sejak kebelakangan ini Fadhlina teruk dikritik oleh orang ramai berhubung kes kematian Zara serta mengumumkan perbelanjaan program lencana Jalur Gemilang untuk seragam sekolah yang menelan kos RM8.4 juta.

kj sound fadhlina
2025-08-16 11:48:13

"Read The Room" - KJ 'Sound' Fadhlina Sidek, Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

The post Mahu Fadhlina Sidek Letak Jawatan, Mahasiswa Akan Lakukan ‘Himpunan Mogok’ Di Hadapan Ibu Pejabat KPM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments