#Hiburan: Kes Zara Qairina: ‘Plot Twist’ Libatkan Ibu Zara Naratif Jahat, Peguam Tuntut Tindakan Terhadap Individu Didakwa Terbabit Buli

Terbaru, peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina, 13, menyifatkan ‘plot twist’ mengaitkan anak guamnya, Noraidah merupakan satu naratif jahat dan jijik untuk memfitnah anak guam serta arwah sendiri.

‘Plot twist’ tuduh anak guam tidak benar!

Lima peguam iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser menegaskan, kenyataan yang dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar semalam membuktikan bahawa dakwaan ‘plot twist’ yang tular beberapa minggu lalu, kononnya anak guam mereka terlibat dalam kematian Zara, adalah tidak benar.

Advertisement

ibu zara

Menurut mereka, siasatan Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman telah menemui bukti yang menunjukkan kejadian tertentu berlaku sebelum kematian Zara.

Gesa tindakan buat individu-individu terlibat

Sehubungan itu, pihak peguam yang mewakili keluarga arwah mendesak supaya individu-individu yang disebut dalam keterangan semalam dikenakan tindakan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Apabila langkah ini diambil, inkues tidak perlu lagi diadakan namun, sekiranya keterangan-keterangan di atas tidak kuat atau tidak mencukupi bagi membentuk satu kesalahan di bawah Seksyen 507D (2) KK, siasatan lanjut perlu diteruskan bagi memperkuatkan keterangan-keterangan berkenaan.

datuk m kumar

Melalui laporan Harian Metro, pihak mereka turut berterima kepada Datuk M. Kumar dan pasukannya kerana bertindak pantas dalam kes ini.

datuk m kumar zara qairina
2025-08-13 21:16:00

Kes Zara Qairina: Bedah Siasat Sahkan Arwah Zara Alami Kecederaan Otak Teruk

The post Kes Zara Qairina: ‘Plot Twist’ Libatkan Ibu Zara Naratif Jahat, Peguam Tuntut Tindakan Terhadap Individu Didakwa Terbabit Buli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments