#Hiburan: Ramai Harap Berjodohan, Roslan Shah Akui Tidak Setanding Dato’ Vida – “Kekayaan Tidak Sama”

Gelagat penyanyi dan pengacara Roslan Shah bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ketika menjalani aktiviti paranormal di Singapura baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Ramai terhibur melihat sisi berbeza Roslan atau mesra disapa Cik Lan, hingga ada yang bergurau kononnya mereka berdua sesuai dijodohkan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Menjawab spekulasi itu, Roslan menegaskan hubungan mereka sekadar kawan baik memandangkan sudah bersahabat lebih 15 tahun. Katanya, tiada niat untuk bercinta atau berkahwin dengan Vida kerana berasa tidak sekufu, khususnya dari segi kestabilan kewangan. Ujarnya,

Saya serahkan soal jodoh kepada Tuhan, tapi jujurnya saya takut sebab kekayaan kami tidak sama.

Roslan turut menjelaskan tindakannya berpimpin tangan dan memeluk Vida hanyalah spontan ketika aktiviti paranormal tersebut. Ia bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan, sebaliknya sekadar mengurangkan rasa takut.

Jelasnya lagi, dia sudah meminta maaf kepada Vida dan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar persahabatan.

fattah amin amira othman
2025-08-13 12:00:45

Pakai Sedondon, Peminat Harap Fattah Amin & Amira Othman Berjodohan - "Jaga Dia Baik-Baik"

The post Ramai Harap Berjodohan, Roslan Shah Akui Tidak Setanding Dato’ Vida – “Kekayaan Tidak Sama” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments