Pelakon Shahz Jaszle mendedahkan isterinya, Nur Hanis Husna, tahu segala aktiviti kerjayanya termasuk adegan mesra dengan Nelissa Nizam dalam drama Seadanya Kita.
Isterinya bukan sahaja membaca skrip, malah bertindak sebagai pengurus media sosialnya. Katanya,
Dia faham kerja saya sebagai pelakon dan tak pernah larang.
Mengulas babak duduk di ranjang bersama Nelissa, Shahz menafikan ia berunsur soft porn, sebaliknya penting untuk menunjukkan kecurangan watak Farouq. Adegan itu turut dikurangkan demi menjaga sensitiviti penonton dan dikawal pengarah Feroz Kader.
Sebenarnya adegan itu sudah dikurangkan sebaik mungkin. Kalau ikutkan imaginasi asal, adegan itu sepatutnya lebih liar. Namun kami faham bagaimana budaya industri kita di Malaysia, risau juga jika tidak diterima umum.
Shahz percaya skrip telah melalui proses tapisan sebelum sampai kepadanya, justeru dia berpegang pada profesionalisme. Katanya, watak kali ini lebih kejam berbanding sebelum ini dan dia bersedia menerima kritikan atau ‘meme’ di media sosial.
Drama 15 episod ini turut dibintangi Emma Maembong, Mierul Aiman, Ara Johari dan Nelissa Nizam, mengisahkan kisah cinta, kecurangan dan kebangkitan seorang wanita.
The post Shah Jaszle Ulas Rakam Babak Ala ‘Soft Porn’ Dalam ‘Seadanya Kita’ – “Adegan Asal Lagi Liar, Isteri Saya Tahu” – first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments