Insiden pemergian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir dari Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, masih hangat diperkatakan hingga kini, malah turut menarik perhatian masyarakat luar negara selepas dikaitkan dengan isu buli.
Rentetan itu, ramai pihak tampil mengadakan himpunan solidariti dan menularkan hashtag #JusticeforZara bagi menuntut siasatan menyeluruh terhadap punca sebenar kematian arwah.
Namun baru-baru ini, tular di Facebook apabila sebuah penganjur festival makanan memuat naik poster acara yang memaparkan foto arwah Zara bersama hashtag #SuaraKamiTakAkanSenyap dan #BangkitDemiKebenaran. Festival berkenaan berlangsung pada 20 hingga 24 Ogos lalu di Dataran Arena Merdeka, Dungun.
Menerusi semakan di Instagram, penganjur turut berkongsi gambar pengunjung yang menghadiri himpunan solidariti semasa festival, termasuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan sepanduk menuntut keadilan untuk Zara. Difahamkan, acara sama akan diteruskan di G-Orange Mall, Kelantan pada 27 Ogos ini.
Bagaimanapun, perkongsian poster bergambar arwah itu menjadi tular semula di platform X (Twitter) dan mengundang kecaman.
Rata-rata mengecam tindakan penganjur yang didakwa tidak menjaga sensitiviti keluarga dan seolah-olah menunggang isu tragis tersebut demi keuntungan.
Apa benda menunggang isu arwah untuk keuntungan bisnes sendiri. Tak ada common sense dah zaman sekarang, asalkan dapat untung.
Malah, ada yang mempersoalkan sama ada pihak penganjur telah mendapat kebenaran keluarga arwah atau tidak sebelum menggunakan gambar tersebut.
Dalam masa sama, segelintir pengguna media sosial pula mengingatkan orang ramai supaya dapat membezakan antara solidariti tulen dan eksploitasi isu untuk kepentingan sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “‘Over Sangat Ni..” – Foto Zara Qairina Dalam Poster Food Festival Jadi Perdebatan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments