#Hiburan: Netizen Buat Perbandingan Antara Hafiz Mahamad & Jofliam – “Dia Bagi Satu Kotak Free Pizza Wagyu, Sumpah Sedap Lagi Dari RM150”

Baru-baru ini, nama usahawan pizza sensasi iaitu Jofliam sekali lagi menjadi bualan hangat ramai susulan isu lebih memilih hantar anak ke sekolah antarabangsa, hanya beri satu potong pizza percuma dan juga menggunakan plastik ‘sampah’ untuk bungkus makanan.

Netize buat perbandingan antara Hafiz Mahamad dan Jofliam

Susulan pelbagai isu dikaitkan dengannya, netizen mula buat perbandingan keikhlasan bernazar Jofliam dengan pempengaruh, Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina yang memberi satu kotak pizza wagyu secara percuma.

Advertisement

Hafiz juga enggan menjual pizza tersebut dan berkata dia melakukannya kerana isteri menyukai pizza serta mahu berkongsikan kepada agen-agen syarikatnya.

“Lagi sedap dari pizza RM150..”

Dapat dilihat melalui video yang telah tular di platform Threads, kelihatan pizza wagyu Hafiz diletakkan dalam kotak yang cantik dan berkualiti.

pizza percuma hafiz mahamad

Bukan itu saja, ramai juga berkata kesedapan pizza yang dibuat oleh Hafiz jauh lebih sedap berbanding pizza wagyu Jofliam yang berharga RM150.

Susulan hantaran tersebut telah tular, ramai yang mendesak agar Hafiz menjual pizza tersebut kerana kelihatan lebih menarik, lagi-lagi cara pembungkusan sangat berkualiti.

bisnes jofliam gagal
2025-08-30 15:21:04

Dahulu Gah, Netizen Persoal Event Pizza Wagyu Jofliam Makin Hambar - "Balasan Aniaya Isteri?"

The post Netizen Buat Perbandingan Antara Hafiz Mahamad & Jofliam – “Dia Bagi Satu Kotak Free Pizza Wagyu, Sumpah Sedap Lagi Dari RM150” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments