#Hiburan: Pakai Gaun Ketat, Netizen Kecam Leona ‘Tak Makan Saman’ – “Balik Belajar Makin Berubah”

Pempengaruh media sosial, Leona yang juga anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman, sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video menari di TikTok.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang kecaman ramai gara-gara penampilannya yang dianggap terlalu seksi.

Advertisement

Dalam video itu, Leona dilihat mengenakan gaun pendek ketat berwarna hitam yang menampakkan bentuk tubuh serta bahagian dada yang menonjol. Aksi tarian santainya itu pantas tular dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Rata-rata meninggalkan komen menegur gaya pemakaian Leona yang disifatkan tidak sopan dan tidak sesuai dikongsi secara terbuka di media sosial.

leona seksi

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana sebagai anak kepada seorang figura seni terkenal, penampilannya sering menjadi perhatian umum.

Azhar Sulaiman tak kisah Leona isteri kedua
2025-06-16 11:47:21

"Kalau Ditakdirkan Dia Jadi Isteri Kedua, Saya Terima" - Azhar Sulaiman Dedah Ramai Imam Muda Nak Kenal Dengan Leona

The post Pakai Gaun Ketat, Netizen Kecam Leona ‘Tak Makan Saman’ – “Balik Belajar Makin Berubah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments