#Hiburan: 3 Remaja Hina Beri Sisa Makanan, Identiti Sebenar Gelandangan Terbongkar!

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, tular video memaparkan tiga orang remaja berbangsa Cina didakwa menghina seorang gelandangan dengan hanya memberikan sisa makanan kepadannya.

Susulan sudah tular video tersebut, salah seorang remaja tersebut tampil membuat permohonan maaf dengan menyatakan itu sekadar social experiment dan pihak MCMC turut sudah mengambil tindakan terhadap mereka.

Advertisement

gelandangan bersuara

Terbaru melalui platform X, terdapat satu video mendedahkan identiti sebenar gelandangan itu yang membuatkan ramai ‘tergamam’.

Difahamkan, gelandangan tersebut merupakan seorang Muslim kerana namanya bermula dengan ‘Muhammad’ dan dia turut fasih berbahasa Inggeris.

3 remaja cina hina gelandangan

Dalam pada itu, punca lelaki terbabit menjadi gelandangan dan tidak dapat bekerja seperti biasa kerana dia pernah mengalami kecederaan yang teruk setahun lalu.

Bukan itu saja, malah dia juga memiliki sifat yang baik serta pembersih biarpun hidup sebagai seorang gelandangan di kaki jalan.

gelandangan bersuara
2025-08-07 16:59:46

"Saya Tak Sangka Bungkusan Itu Sisa Makanan, Saya Tak Tahu Apa Silap Saya Sampai Mereka Buat Sedemikian" - Gelandangan Bersuara

The post 3 Remaja Hina Beri Sisa Makanan, Identiti Sebenar Gelandangan Terbongkar! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments