#Hiburan: (VIDEO) “Korang Cuci Kedai Ke”- Pelajar Lelaki Mendobi Baju Sampai Berbuih Satu Kedai Raih Perhatian Netizen

Aktiviti membasuh baju di kedai dobi tidak dinafikan amat memudahkan kerana ia dapat menjimatkan masa serta tidak menggunakan banyak tenaga.

Kini, banyak kedai dobi layan diri dibuka di kawasan-kawasan perumahan dan bandar selain sudah canggih dan moden malah ada yang lengkap dengan kemudahan cafe dan sebagainya.

Advertisement

Seperti satu video yang tular di media sosial TikTok ini, sekumpulan pelajar lelaki sebuah institusi pendidikan telah ‘terciduk’ kerana baju yang dibasuh mesin dobi layan diri dipenuhi sabun sehingga melimpah ruah ke ruang kedai tersebut.

Difahamkan, mereka hanya meletakkan sedikit sabun tambahan namun tidak menyangka akan berbuih ‘dahsyat’ seperti itu.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi berbeza dan ada juga yang bersimpati dengan nasib sekumpulan pelajar lelaki itu.

dobiSumber : TikTok  

 

Bila lelaki buat kerja macam ni la. Benda ada sukatan tu ikut ye abang.” komen seorang netizen.

Macam-macam hal, dah tak pasal kena basuh baju sekali lagi!

ajk masjid beli komputer spec gamer
14 jam lalu

"AJK Kaki Gamer Kot" - 'Quotation' Komputer Masjid Cecah RM20k, Netizen Persoal Keperluan Nak 'Over' Canggih

The post (VIDEO) “Korang Cuci Kedai Ke”- Pelajar Lelaki Mendobi Baju Sampai Berbuih Satu Kedai Raih Perhatian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments