#Hiburan: “Punyalah Minat” – ‘Pak Guard’ Menyamar Jadi Tentera Sebab Nak Pikat Janda Dalam Kem

Hanya kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita bergelar janda, seorang pengawal keselamatan ditahan kerana menyamar sebagai anggota pasukan tersebut.

Memetik laporan Kosmo, lelaki berusia 27 tahun yang masih lagi bujang menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah di Kem Tampin.

Advertisement

 

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab menjelaskan pihaknya merampas pakaian seragam tentera, senjata ‘airsoft’ dan beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan berserta gari.

Tambahnya lagi, suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Advertisement

Namun perbuatan suspek disedari selepas masuk ke kawasan kem atas urusan berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah tetapi gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian.

Selain itu, suspek yang juga merupakan seorang pengawal keselamatan di Pedas berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat di kem berkenaan pada 2018.

Dikatakan, suspek menyamar kerana mahu membuktikan dirinya merupakan seorang anggota tentera berpangkat tinggi kepada wanita tersebut.

Pakaian seragam suspek juga dibeli dari seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.

 

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 170 kerana menyamar sebagai penjawat awam dan kesalahan dilakukan pada 8 Disember 2018.

2 bulan lalu

(VIDEO) "Jangan Cari Pasal" - Netizen Puji Polis Tangkas Kejar Penjenayah Lari Dari 'Roadblock'

The post “Punyalah Minat” – ‘Pak Guard’ Menyamar Jadi Tentera Sebab Nak Pikat Janda Dalam Kem first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments