#Hiburan: “Boroslah!” – Suami Bengang, Tak Bagi Isteri Tukar ‘Pampers’ Anak Sebelum Berat Cecah 200 Gram

Seperti yang diketahui ramai, untuk menjaga anak pada zaman ini sememangnya satu perkara yang sukar. Ditambah pula harga barang yang semakin hari semakin meningkat.

Disebabkan itu, ramai ibu bapa berasa bimbang dan salah satu cara yang mereka akan ambil adalah dengan berjimat cermat apabila menggunakan ataupun membeli sesuatu barang.

Advertisement

Seperti yang terjadi di TikTok baru-baru ini, terlihat seorang suami mengambil inisiatif ‘menimbang’ bayi lampin mereka setelah digunakan.

Dari video berkenaan, lelaki itu hanya akan menukar pampers anaknya itu jika sudah mencecah berat yang telah ditetapkan olehnya iaitu 200 gram.

Advertisement

Tetapi, di dalam video itu, dia meluahkan rasa marah kerana isterinya menukar pampers anak meskipun belum cecah berat yang telah ditetapkan dan dia menganggap berat lampin yang digunakan itu masih ringan kerana baru cecah 100 gram.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan apa yang dilakukan oleh si suami sememangnya tidak masuk akal dan ada yang menyifatkan lelaki itu lebih menyayangi duit daripada anak yang masih kecil itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 jam lalu

(VIDEO) "Diharamkan Ubah Ciptaan Allah Sis" - Gadis Buat 'Nose Lifting' Dikecam Teruk Di TikTok

The post “Boroslah!” – Suami Bengang, Tak Bagi Isteri Tukar ‘Pampers’ Anak Sebelum Berat Cecah 200 Gram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments